Roti Ikhwan kebanggaan usahawan Muslim

JOHOR BAHRU Mungkin roti sandwic jenama Ikhwan belum dikenali seperti jenama roti lain yang sedia ada dalam pasaran.

Namun roti yang dijual dengan harga RM2.50 sebuku itu dengan berat 500 gram mampu memberi saingan sengit kerana pembeli tidak perlu ragu mengenai kesahihan status halalnya.

Ini kerana roti yang dihasilkan di sebuah kilang di Kodiang, Kedah itu merupakan keluaran syarikat Muslim iaitu Global Ikhwan Sdn. Bhd (GISB).

wj_01.1
Fadilah Ahmad menunjukkan roti keluaran Ikhwan pada Karnival Ekonomi Islam 2008 di Plaza Larkin, Johor Bahru, baru-baru ini. – Gambar RAJA JAAFAR ALI

Jenama roti Ikhwan keluaran syarikat tersebut membuktikan usahawan bumiputera dan Islam mampu menghasilkan produk makanan halal berkualiti.

Ketika Karnival Ekonomi Islam 2008 anjuran Global Ikhwan Sdn. Bhd., yang diadakan di Plaza Larkin, Johor Bahru baru-baru ini, ramai pengunjung yang membeli roti tersebut.

Seorang wakil GISB, Fadilah Ahmad, 48, yang bertanggungjawab menjaga gerai roti Ikhwan berkata, sejak karnival berlangsung ramai pengunjung yang datang membeli roti tersebut.

“Alhamdulillah, ramai yang membeli roti ini. Mungkin sebelum ini mereka tidak tahu bahawa jenama Ikhwan ada.

“Seorang pakar dalam bidang bakeri pernah makan roti Ikhwan dan dia kata roti ini amat berkualiti sekali. Malah, roti ini boleh tahan sampai lima hari,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Fadilah berkata, setakat ini roti Ikhwan belum dijual secara terbuka. Sebaliknya, ia hanya dijual di rangkaian pasar raya milik GISB di seluruh negara.

Walaupun belum ada promosi dalam media cetak atau papan iklan, namun roti Ikhwan yang diperkenalkan menerusi Internet itu semakin mendapat tempat di hati orang ramai.

Malah, katanya, roti-roti yang hanya dihasilkan di kilang di Kedah itu mula mendapat permintaan ramai kerana kesegaran dan keenakannya.

Di Johor sahaja, terdapat dua cawangan kedai milik GISB yang menjual pelbagai produk keluaran syarikat tersebut iaitu di Tampoi Utama dan Kluang.

Fadilah berkata, selain mengeluarkan roti sandwic, GISB juga menghasilkan sos, kicap, air mineral dan air berkarbonat.

Menurutnya, sebagai pengusaha makanan halal, GISB sentiasa berusaha menghasilkan produk terbaru berdasarkan permintaan ramai.

Air berkarbonat Ikhwan mempunyai enam perisa iaitu strawberi, pisang, kola, sarsi, epal dan soda.

“Air berkarbonat keluaran GISB diproses serta dikilangkan di Kilang Air Minuman Ikhwan di Pengkalan Chepa, Kelantan, berbeza daripada air berkarbonat yang sedia ada.

“Keluaran GISB tidak mengandungi ibu gula yang dikatakan tidak sesuai untuk kesihatan badan,” katanya.

Selain, itu GISB juga sedang berusaha untuk mengeluarkan mi kuning dan bihun yang merupakan antara makanan kegemaran orang Melayu di sebuah kilangnya di Merbok, Kedah.

Fadilah berkata, memang matlamat GISB untuk menjadi pengeluar produk halal yang ternama di Malaysia dan luar negara dan untuk mencapai sasaran itu, pihaknya mempromosi produk keluaran mereka di beberapa siri karnival ekonomi Islam di beberapa negeri seperti Johor dan Selangor.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s