Riba: Apakah itu Riba? (Pengenalan Riba) – Interest

Teks ini diambil dari buku bertajuk “Riba dan Isu Kewangan Semasa” oleh Ust. Dr. Zaharuddin Abd Rahman. Saya harap dengan ini, ia boleh manfaatkan orang Islam terutama di Singapura, Malaysia & negeri berdekatan. In sha Allah.

Definasi Riba (Interest)

Riba dari sudut bahasa adalah pertambahan dan peningkatan. Manakala pengertiannya dari sudut istilah tidak dispekati dan mempunyai kepelbagaian pandangan berdasarkan kefahaman dan hujah masing-masing.

Ia menrangkumi riba yang terhasil daripada jual beli barangan ribawi dan juga merangkumi riba yang terhasil daripada hutang.


Hukuman Riba dalam Islam

Imam al-Nawawi r.a (wafat pada 676H) berkata: “ijma’ (disepakati semua sahabat dan ulama) tentang pengharaman riba dan ia termasuk dalam kategori dosa besar. Ada pendapat menyatakan riba juga diharamkan oleh semua agama, ini disebutkan oleh antaranya Imam al-Mawardi.” 54

Di sini, saya sertakan beberapa nas al-Quran dan al-Hadis yang menerangkan perlihal besarnya dosa riba yang menjadi sebab mengapa saya menumpukan masa yang lebih lagi menyelamatkan masyarakat Islam daripada terjebak dengannya.

Pemakan dan pemberi riba diperangi Allah swt dan Rasulullah saw

2:208

2:279

Wahai orang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah swt dan tinggalkanlah saki-baki riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidak meninggalkannya, isytiharkanlah perang dengan Allah dan Rasul-Nya.55

Surah Al-Baqarah 278-279

Ayat ini menunjukkan sesiapa yang engan dan masih berdegil untuk meninggalan “saki baki” riba dalam kehidupannya dengan sengaja, maka dia akan berada dalam posisi peperangan dengan Allah swt dan Rasulnya. Ayat ini menyebut “saki baki” menunjukkan sesiapa yang ingin benar-benar menurut Sunnah dan menjadi Mukmin sejati, dia perlu berpengetahuan tentang riba serta menjauhkan diri daripadanya secara total (keseluruhan).

Zahir pada ayat ini juga membayangkan peperangan itu juga berlaku semasa di dunia lagi. Malanglah bagi seseorang atau pemimpin yang tidak mengambil endah perlihal ini.

Ibn Abbas r.a diriwayatkan berkata:

Akan dikatakan kepada pemakan riba di hari kiamat, ‘Ambillah senjata kamu untuk berperang dengan Allah swt.

[Jami’ al-Bayan’an Takwil Ayyi al-Quran, al-Tabari, 3/68; al-Durr al-Manthur, al-Suyuti, 3/366]

Abu Hanifah r.a pula berkata: “Inilah ayat al-Quran yang paling menakutkan” (Ibid, al-Tabari, Hamisyh al-Naisaburi, 4/73)

Imam Malik bin Anas r.a pula berkata:

Telah kubuka lembaran-lembaran Kitab Allah dan Sunnah Nabi saw dan tidak kudapati (dosa) yang lebih buruk daripada riba, kerana Allah swt mengisytiharkan atau mengizinkan perang ke atas-nya.

[Al-Jami’il Ahkam al-Quran, al-Qurtubi, 3/364]

Berkata Imam Qatadah r.a: “Allah menjanjikan ahli riba dengan hukuman bunuh dan akan mendapatkannya di mana sahaja mereka berada.” (Ibid. Al-Tabari, 3/72)

Kehilangan berkat harta dan kehidupan

Allah swt berfirman:

2:276

Allah menghancurkan keberkatan kerana riba dan menambah keberkatan daripada sedekah. Dan Allah tidak suka kepada orang kafir lagi berdosa.

[Al Quran – Surah Al-Baqarah 2:276]

Kehilangan berkat itu akan berlaku di dunia dan di akhirat:

  • Di dunia
    • Bentuk-bentuk kehilangan berkat pada harta orang yang terlibat dengan riba adalah dengan mudah hilang atau habis harta tersebut daripada pemiliknya kepada pelbagai bentuk yang tidak berfaedah dan membawa kepada dosa, sehinggalah dia berasa miskin dan fakir (walaupun dia mempunyai wang yang banyak). Selain itu, harta tadi akan mendorong pemiliknya melakukan maksiat, kefasiqan, dan menghinakan diri di sisi Allah swt. Lalu, hilanglah sifat amanah, cenderung kepada rasuah, penipuan, dan tamak haloba. Dia juga ditimpa ujian seperti dirompak, dicuri, dikhianati, dan doa orang yang dizalimi daripadanya juga lebih makbul.
    • Sabda Nabi saw daripada Ibn Mas’ud ra: “Seungguhnya riba walaupun lumayan (dari sudut kuantiti) tetapi hasilnya ia akan membawa kepada sedikit dan papa.”
  • Di akhirat
    • Ibn Abbas r.a. berkata: “Tidak diterima daripada pemakan riba (yang menggunakan harta riba) sedekahnya, hajinya, jihadnya dan persaudarannya.” [Al-Jami’ li Ahkam al-Quran, al-Qurtubi, 3/362; al-Zawajir, ibid. 1/224]

Seperti berzina dengan ibu bapa sendiri

Nabi saw bersabda:
Riba mempunyai 73 pintu, riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya.
[Ibn Majah, 2/764; al-Hakim, 2/73 sahih menurut syarat al-Bukhari dan Muslim]
Lebih berat atau sama dengan 36 kali perzinaan

Nabi saw bersabda:

Satu dirham riba yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan dia mengetahuinya lebih buruk daripada berzina sebanyak 36 kali.

[Musnad Ahmad 2/225; al-Daruqutini, hlm 295; al-Albani mengatakan sahih dalam Ghayat al-Maram gi Takhrij Hadis al-Halal wa al-Haram li al-Qaradhawi, hlm 103]

Salah satu daripada tujuh dosa besar

Ia berdasarkan hadis Nabi saw:

Jauhilah tujuh dosa besar; syirik, sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina (tanpa saksi adil).

[Riwayat al-Bukhari, no 2615 dan Muslim, no. 272]

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s