Riba Dalam Jual Beli – Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman

[Excerpt from rudyherman.com]

Riba Dalam Jual Beli
Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman
Rakaman program Bicara Muamalat, IKIM FM
21.3.2012

Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.

Allah berfirman bahawa di akhirat orang yang makan riba akan dibangkitkan dalam keadaan disantau kerana di dunia mereka mengatakan jual beli sama dengan riba.

Dari ayat ini, ulama berbincang apakah beza jual beli dengan riba.

Cabaran umat Islam kini ialah untuk mengenal pasti mana satu untung yang haram dan untung yang halal. Di antara bentuk yang serupa tapi tak sama:

  • Orang A beri pinjam kepada B $1000 tetapi minta dipulangkan $1200. A akan untung $200. Ini riba.
  • Jual beli pula, seseorang itu membeli sebuah laptop dengan harga $1000 dan menjual semula dengan harga $1200. Untungnya $200.

Imam Ibnu Abbas mengatakan riba itu ada penambahan yang halal dan ada penambahan yang haram.

Penambahan yang halal melibatkan penjualan aset. Seseorang itu menjual komputer dan dengan itu ramai orang lain dapat manfaat daripada urus niaga itu, seperti pembekal, pekerja komputer mendapat manfaat dan sebagainya.

Riba hanya menguntungkan satu pihak sahaja.

Walaupun jual beli berbeza dengan riba tetapi riba juga boleh terdapat di dalam jual beli.

Hadith: “Emas dengan emas (ditukar atau diniagakan), perak dengan perak, gandum dengan  gandum, barli dengan barli, tamar dengan tamar,  garam dengan garam mestilah sama timbangan dan  sukatan, dan sekiranya berlainan kategori ini, maka berjual belilah kamu sebagaimana yang kamu sukai  selagi ia dilakukan secara tunai.”

Jadi kalau bercanggah dengan apa yang disebut iaitu sama berat dan serta-merta, maka jadilah riba.

Contohnya, A tukar dengan B 10g emas dan B berikan 11g emas, maka sudah jadi riba fadl. Jika A berikan 10g emas dan B berikan 10g emas dalam bentuk yang lain tetapi B berikannya esok, maka hukumnya riba nasiah.

Hukum asal dalam muamalah mesti melihat kepada illa (sebab berkesan, effective cause), dan jika illa itu ada dalam sesuatu transaksi, maka hukumnya ada. Jika tidak ada illa maka tidak ada hukumnya.

Usul fiqh: Hukum akan bersama dengan illa, ada dan tiada.

Illa sifatnya mesti berlaku sama kepada semua orang (standard). Illa juga boleh diguna kepada benda-benda lain dan tidak semestinya emas dan perak.

Maka ulama hari ini berbincang bagaimana status wang kertas, kerana wang kertas tidak ada di zaman Nabi. Ulama memutuskan wang kertas telah mengambil tempat mata wang emas yang digunakan dulu. Wang kertas ada illa seperti wang emas yang ada pada zaman nabi.

Mengikut pandangan Imam Ahmad dan sebahagian ulama Maliki, Nabi menyebut emas dan perak kerana emas dan perak  mempunyai (mutlaq thamaniyah) pengiktirafan kepada nilainya iaitu siapa yang mengiktiraf nilainya sebagai medium pertukaran maka ia akan menjadi mata wang.

Wang kertas tetap kertas tetapi nilainya diiktiraf sebagai mempunyai nilai pertukaran. Contohnya, A tukar sebatang pen dengan wang kertas $10, penerima $10 itu bersetuju walaupun wang kertas itu hanya sekeping kertas. Maka illa itu telah berpindah dari emas perak kepada wang kertas. Oleh itu, dalam pertukaran wang kertas maka pastikan jangan melanggar dua syarat iaitu penambahan dan penangguhan, jika tidak ia menjadi riba.

Masalah kedua, wang kertas wujud dalam bentuk wang dari pelbagai negara. Maka setiap negara mewakili item yang berbeza. Emas tukar dengan perak mesti serah terima dalam satu masa tetapi berat berbeza tidak mengapa jika tidak sama. Begitulah hukum duit kertas jika hendak tukar wang ringgit dengan dolar, serah terima mesti satu masa tetapi nilai boleh berbeza.

Contoh: Tukar wang $100 di bank, bank kembalikan $95. $5 ialah caj pentadbiran. Hukumnya riba fadl kerana pertukaran $ dengan $ tidak sama nilai.

Contoh: Tukar wang $100 di bank untuk mendapatkan wang kecil. Tetapi dalam masa pertukaran kita beredar untuk ke tandas. Perbuatan beredar ke tandas itu sudah menjadi riba nasiah sebab tidak berlaku dalam satu masa.

Nabi tidak menggalakkan untuk kerap membuat pertukaran kerana wang kertas ialah medium of exchange bukan untuk jual beli wang itu. Jika tidak, fungsi mata wang sudah rosak seperti yang dikatakan oleh Imam Ghazali.

Tukar wang di pengurup wang hendaklah tukar dan terima dalam satu masa.

Dalam insurans konvensional, dengan membayar premium kita akan mendapat wang berganda jika berlaku sesuatu kejadian. Sepatutnya nilai wang mesti sama. Tetapi sebahagian ulama menganggap sebagai riba dan ada ulama yang tidak menganggap sebagai riba. Insurans ada elemen riba dan elemen judi.

Contoh: A beri $1000, B berikan pada masa lain, ini juga riba.

Contoh: Membeli emas wafer atau syiling tetapi bayarannya tangguh. Emas adalah emas, mata wang seperti perak. Maka emas tukar dengan perak syaratnya mesti dalam satu masa, jika tidak jadi riba.

Pembelian ini boleh bayar secara tunai atau menggunakan cek. Cek, bayaran online (TT) atau debit card juga dianggap sebagai tunai.

Pembelian emas perhiasan ada khilaf. Ikut empat mazhab pembelian perhiasan dikira sebagai emas kerana perhiasan wanita masih dikenakan zakat. Kalau ia bukan sifat emas maka ia tidak dikenakan zakat.

Ulama kontemporari berpendapat pada waktu ini ramai orang beli emas perhiasan secara bertangguh. Jika difatwakan dengan fatwa yang melarang maka keadaan akan menjadi lebih mengelirukan. Rasulullah jika diberikan pilihan dua perkara maka Rasulullah akan mengambil yang mudah selagi yang mudah tidak bercanggah dengan hukum.

Ulama Malaysia mencari hukum yang mudah kerana masyarakat di Malaysia belum cukup kefahaman dalam bab ini. Maka fatwa diambil dari fatwa Muawiyah Abu Sufyan dan Sh Yusuf Qardhawi yang mengharuskan kerana keperluan membeli emas perhiasan walau secara bertangguh.

Saya (Ust Zaharuddin) nasihat kepada diri saya dan tuan-tuan, kalau boleh elak, maka jangan terlibat. Nabi bersabda, tinggalkan apa yang kamu ragu kepada apa yang tidak kamu ragu.

25:20
Mengenai medical card.

26:45
Jual beli emas dan masukkan khidmat ar rahnu. Penjual jual emas kepada pembeli. Tetapi pembeli tidak cukup wang. Penjual pembeli pergi ke bank, pajak di bawah nama pembeli. Penjual mengambil wang pinjaman dari bank dan baki harga emas ditambah oleh pembeli. Maka penjual sudah dapat pembayaran penuh bagi emas tersebut. Pembeli bayar ansuran kepada ar rahnu.

27:55
Saya buat satu perkhidmatan pembayaran melalui kad kredit. Bagaimana hukum pelanggan menggunakan kad kredit konvensional?

42:00
Melabur emas cara bukan Islamik, hanya dapat buku yang mengatakan berapa kilogram yang dibeli. Beli permata, adakah kena zakat? Beli gold bar, satu ada ukiran dan satu tidak ada ukiran. Ukiran dikenakan upah. Apakah hukumnya upah itu?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s