Author: muazsalas

Dakwaan Nabi Datang Majlis Ya Hanana

Ya Hanana bukan selawat.

Hadis Riwayat Al-Imam Bukhari

Sahih al-Bukhari 6357 / Book 15, Hadith 1405 (Al-Bukhari & Muslim)

Sahabat bertanya kepada Nabi:

“Kaifa nu salli alaik?” “Macam mana kami nak selawat kepadamu?”

Nabi ajar: Selawat Ibrahimiyah: allahumma salli ‘alaa sayyidinaa Muhammad wa’alaa aali sayyidinaa Muhammadin kamaa shallaita ‘alaa sayyidinaa Ibraahiim wa’alaa aali sayyidinaa ibrahim wabaarik ‘alaa aali sayyidinaa muhammadin kamaa baarakta ‘alaa sayyidinaa ’alaa sayyidinaa ibraahima wa ‘alaa aali sayyidina ibraahima, fil ‘aalamiina innaka hamiidun majiid

Al Imam Ibn Qayyim melafazkan macam-macam selawat.

Ya Hanana itu bukan selawat ia hanya di klasify sebagai Nasyid. Ada yang mendakwa Nabi hadir ke Majlis Ya Hanana.

Apabila seseorang mendakwa dia berjumpa Nabi secara jaga bererti dia mendakwa dirinya sebagai sahabat.

Kerana takrif sahabat itu “Man lakiya Nabi sallaullahu alaihi wasallam wa amanabihi wa mata alal iman” “Sesiapa yang berjumpa dengan Nabi dan beriman dengannya dan mati.” Itu definasi sahabat.

Sekarang ada ustaz-ustaz ataupun tok sheikh mendakwa Nabi datang bersembang bersamanya, Nabi berjalan bersamanya ke Kuliahnya, Nabi hadir dalam Majlis Qasidahnya, Nabi duduk di meja kuliah bersamanya dan lain-lain. Ini semua sakan.

Akhirnya nama Nabi menjadi murah.

Jikalau orang kritik tentang dakwaan ini, dia sering dituduh sebagai Wahabbi pulak.

– Dr. Asri Zainul Abidin (MAZA)

Advertisements

Adakah Sahih Hadis Yang Menyatakan Bau Kanak-Kanak Adalah Dari Syurga?

Author: Dr. Rozaimi Ramle, Ph.D in Hadith

http://rozaimiramle.blogspot.sg/

This article is in Malay, I will translate it to English in the near future to benefit the rest. Topic: “Is the Hadith saying that the smell of a child from Jannah (Heaven), Sahih (true)?”

Bau Kanak-Kanak Adalah Dari Syurga

Tersebar di alam maya hadis yang disandarkan kepada Nabi sallallah alaih wasallam dengan lafaz berikut:

Bau mulut atau tubuh anak-anak adalah sebahagian dari angin syurga”

Status Hadis

Saya tidak menjumpai hadis dengan lafaz seperti ini dalam kitab-kitab hadis. Sebaliknya saya menjumpai hadis yang lafaznya hampir sama dengan hadis ini iaitu hadis:

ريح الولد من ريح الجنة

Maksudnya: Bau anak daripada bau syurga.

Hadis inidiriwayatkan dari 3 sanad utama. Berikut keterangannya:

  1. Sanad Aisyah:

Hadis ini diriwayatkan dari Aisyah melalui 2 jalur:

  1. Jalur ‘Amrah: Hadis ini diriwayatkan dari Aisyah dengan lafazyang sama. Cuma hadis ini dinilai cacat (ma’lul) oleh Ibn ‘Adiyy.[1] Ini kerana dalam sanadnya terdapat perawi yang bernama Muhammad bin Abdul Malik al-Ansari. Ibn ‘Adiyy dan Muhammad bin Tahir al-Maqdisi menilai beliau terlalu daif (matruk) kerana selalu menyanggahi riwayat perawi yang tsiqah (dipercayai dan kuat ingatannya).[2]
  2. Jalur ‘Urwah: Jalur ini juga dinilai cacat oleh Ibn ‘Adiyy kerana perawi yang bernama Abdullah bin Lahi’ah daif.[3]
  1. Sanad Abdullah bin Abbas:

Terdapat beberapa jalur dari sanad Abdullah bin Abbas. Berikut merupakan jalur dari sanad beliau:

  1. Jalur ‘Ata’ bin Abi Rabah: Isa bin Ibrahim meriwayatkan hadis ini dari Sulaiman bin Abi Sulaiman dari ‘Ata’ dari Ibn Abbas.[4]

Jalur ini terlalu daif kerana Sulaiman bin Abi Sulaiman dinilaimatruk (perawi yang ditinggalkan oleh ulama riwayatnya kerana terlalu daif) oleh beberapa orang ulama hadis seperti Yahya bin Maien, Ali bin al-Madini dan al-Nasaie. Maka al-Zahabi memutuskan beliau matruk.[5]

Manakala Ibn ‘Adiyy menilai hadisnya tidak bermasalah jika perawi yang meriwayatkan darinya dipercayai.[6] Saya berpandanngan jika benar Sulaiman ini bukanlah terlalu daif seperti yang dinyatakan oleh Ibn ‘Adiyy, hadis tetap daif kerana beliau bersendiri dalam jalur ini ketika meriwayatkan dari ‘Ata’ bin Abi Rabah.

  1. Jalur Muhammad bin Abbad bin Hafs: Khalaf bin Ayyub meriwayatkan dari Abdul Majid bin Suhail dari jalur Muhammad bin Abbad dari Abdullah bin Abbas. Riwayat ini disokong oleh riwayat al-Kalabazi dari Kharijah bin Musab yang juga meriwayatkan dari Abbdul Majid bin Suhail dari Muhammad bin Abbad dari jalur yang sama.[7]

Jalur ini daif kerana 2 sebab utama:

Pertama: Khalaf bin Ayyub dinilai daif oleh Yahya bin Maien dan Imam Ahmad.[8] Ibn Hibban pula menyatakan beliau seorang penganut mazhab Murjiah[9] yang melampau.[10]  Al-‘Uqaili pula menyatakan beliau selalu bersendiri dalam meriwayatkan hadis munkar dan menyandarkannya kepada riwayat Qais dan Auf.[11]

Kedua: Kharijah bin Musab juga daif. Bahkan majoriti ulama hadis semisal Abdullah bin al-Mubarak, Waki’ bin al-Jarrah, Imam Ahmad, Yahya bin Maien dan Ibn Hibban menyatakan beliau adalah perawi yang ditinggalkan (matruk). Ini bermakna hadisnya terlalu daif maka tidak boleh menyokong riwayat Khalaf bin Ayyub.[12] Tetapi Abu Hatim dan Ibn ‘Adiyy pula menyatakan beliau daif ringan.[13] Jika benar dia daif ringan sekalipun ia tidak menguatkan jalur ini kerana punca jalur ini iaitu Muhammad bin Abbad adalah perawi yang tidak dikenali.[14]

iii.                Jalur Ubaidullah bin Abdullah bin ‘Utbah: Mandal bin Ali meriwayatkan dari Abdul Majid bin Suhail dari Ubaidillah bin Abdullah bin ‘Utbah.[15] Jalur ini juga daif kerana terdapat perawi bernama Mandal bin Ali.

  1. Sanad Ibn Abi Labibah

Waki’ bin al-Jarrah meriwayatkan hadis ini dari jalur Muhammad bin Abdul Rahman bin Abi Labibah dari ayahnya atau datuknya dari Nabi sallallah alaih wasallam.[16] Sanad ini juga daif kerana 2 kecacatan:

Pertama: Terdapat perawi yang bernama Muhammad bin Abdul Rahman bin Abi Labibah. Beliau dinilai daif oleh Ibn Hajar.[17]

Kedua: sanadnya terputus kerana kedua-dua perawi ayah dan datuk Muhammad bin Abdul Rahman bin Abi Labibah tidak pernah berjumpa Nabi sallallah alaih wasallam. Maka sanad ini terputus.

Terdapat juga hadis dengan lafaz yang hampir sama dengan hadis ini. Cuma ia menyatakan bahawa Hasan dan Husain yang merupakan cucu baginda sallallah alaih wasallam adalah daripada bau-bauan Allah. Hadis ini dinilai daif oleh Imam Tirmizi kerana sanadnya terputus.[18]

Kesimpulan

Hadis ini daif kerana semuanya jalurnya tidak terlepas dari kedaifan dan kritikan ulama. Maka sebab itu ulama hadis semisal al-Haihami, al-Iraqi, dan al-Sakhawi menilai hadis ini sebagai daif.[19] Maka ia tidak boleh dijadikan hujah tambahan pula ia berkaitan perkara ghaib iaitu syurga. Tetapi menyayangi anak-anak itu adalah amalan terpuji dan ia fitrah manusia.

Abu Muaz Rozaimi Ramle
Sweileh, Jordan
11 November 2014

[1] Lihat: Ibn ‘Adiyy, al-Kamil fi al-Dhu’afa’, jld. 6, hlm. 160

[2] Lihat: Ibid, Muhammad bin Tohir al-Maqdisi, Zakhirat al-Huffaz, jld. 2, hlm. 1112, no. hadis: 2364.

[3] Lihat: Ibn ‘Adiyy, al-Kamil, jld. 4, hlm. 149.

[4] Riwayat Abu Nuaim dalam kitabnya Tabaqat al-Muhaddithin bi Asbahan, jld. 3, hlm. 173.

[5] Lihat: al-Zahabi, Mizan al-I’tidal, jld. 2, hlm. 210.

[6] Lihat: Ibn ‘Adiyy, al-Kamil, jld. 3, hlm. 261.

[7] Lihat: Ibn Abi al-Dunya, al-‘Iyal, hlm. 397, no. hadis: 231, al-Albani, al-Silsilah al-Dha’ifah wa al-Maudhu’ah, jld. 5, hlm. 523, no. hadis: 2499.

[8] Lihat: al-Zahabi, Mizan al-I’tidal, jld. , 1, hlm. 659, Ibn Hajar, Taqrib al-Tahzib, jld. 1, hlm. 1726.

[9] Murjiah ialah satu mazhab akidah yang terkeluar dari Ahli Sunnah wal Jamaah.

[10] Lihat: Ibn Hibban, al-Tsiqat, jld. 8, hlm. 228.

[11] Lihat: al-‘Uqaili, al-Dhu’afa, jld. 2, hlm. 24.

[12] Lihat: al-Zahabi, Mizan al-I’tidal, jld. 1, hlm. 625.

[13] Lihat: Ibn Abi Hatim, al-Jarh wa al-Taadil, jld. 3, hlm. 375, Ibn ‘Adiyy, al-Kamil, jld. 3, hlm. 57

[14] Lihat: al-Albani, al-Silsilah al-Dhaifah, jld. 5, hlm. 523, no. hadis: 2499.

[15]  Lihat: al-Tabarani, al-Mu’jam al-Wasit, jld. 6, hlm. 82, no. hadis: 5860, al-Baihaqi,Syu’ab al-Iman, jld. 7, hlm. 479, no. hadis: 11061.

[16] Lihat: Waqi’ bin al-Jarrah, al-Zuhd, hlm. 422.

[17] Lihat: Ibn Hajar, Taqrib al-Tahzib, jld. 2, hlm. 493.

[18] Lihat: al-Tirmizi, al-Sunan, jld. 4, hlm. 317.

[19] Lihat: al-Haithami, Majma’ al-Zawaid, jld. 8, hlm. 78,  al-Iraqi, al-Mughni, jld. 1, hlm. 532, al-Sakhawi, al-Maqasid al-Hasanah, jld. 1, hlm. 373

Islamic Banking VS Conventional Banking

THE DIFFERENCES BETWEEN ISLAMIC BANKING AND CONVENTIONAL BANKING IN TERMS OF SHARI’AH RULING CONFORMITY

by: Dr. Zaharuddin Abd Rahman [al-naqiy]

Many still do not understand the differences between the products and services offered by Islamic banking and conventional banking. Many are still saying that Islamic products and services are just conventional products that have been window dressed. Some even claim that Islamic banking only changes the terms such as ‘interest’ into profit rate, ‘Ujr or wage cost, and other Arabic terms are viewed by critics as tricks. These general statements should not be made without knowing exactly how an Islamic bank operates, as such statements will inhibit the revival and development of the Islamic banking industry. We do acknowledge that there are problems in the implementation process and other problems in Islamic banking. However, in my opinion, it is normal to experience difficulty before achieving success.

All parties, whether Syariah scholars, lawyers, judges, customers or the Islamic bank administration, are still in the learning process. It is undeniable that mistakes will occur here and there throughout this process. Islamic banking is still in the process of maturity and achieving perfection. Thus, deficiencies will occur throughout this journey. Yet, these deficiencies do not make Islamic banking haram and invalid. Just like a new Muslim who has yet to perform the five daily solah (prayers) as he is in the process of learning and understanding it, this falls under the forgivable category. What really matters is that the process is heading forward (i.e. improving) and not falling backwards.

Some of the deficiencies are due to lack of knowledge amongst the administration. Consequently, people may get an inaccurate perception of Islamic banking. The Syariah strength and observance of an Islamic bank depend strongly on the hard work of various parties, inside and outside the bank. The people who determine that Syariah compliancy is adhered to are the Chief Executive Officer (CEO), the Product Development Department, the Syariah Advisor and the Syariah Department of the bank. They are responsible for Syariah compliancy within the bank.

Without hard work and wisdom, an Islamic bank or Islamic banking will take the easy route and just copy the products and systems of conventional banking, without observing the implementation aspect of the Syariah. Society should clearly understand that the Islamic banking system has revolutionized the relationship between the customer/saver and the bank. The relationship between the customer and a conventional bank is through the loan contract that entails interest on the principal. The borrower must pay the bank within the stipulated period.

Islamic banks have changed the borrowing relationship to various concepts that are acknowledged in Islam such as partnership (Musharakahor Mudharabah), or seller (bank) and buyer/renter (customer). Changes in the relationship are not only with the ‘aqad or contract, even asset ownership has changed and is accepted by Malaysian law. This means, from the legal point of view, the trading or renting process does take place. However, many customers of Islamic banks do not recognise the efforts of Islamic banks in making changes as they do not read the contracts they sign.

The partnership principle in the finance products also offers customers profit sharing with the bank. However, if the customer faces a loss, the Islamic bank will bear part of it based on this contract. A banking system devoid of riba fulfills the needs of both customers and the general public. Islamic banking, through the introduction of Islamic concepts, has successfully generated large profits in the business it participates.

Nevertheless, the main concern of Islamic banking is to ensure that every bit of its business process is Syariah compliant and this is more meaningful than reaping more profit. This main concern is a commitment, responsibility and preservation of the trust granted by Allah s.w.t. to human beings, which emphasizes the principle of cooperation amongst humans in fulfilling each respective need.

Everyone should resist from comparing the application and productsof an Islamic bank and that of a conventional bank. The “apple to apple” comparison is not fair in this case; it is like comparing the rules and discipline of soccer and hockey. Although both games are played on the field, they have completely different concepts and disciplines.

The differences are as follows: Conventional Banking Islamic Banking

Conventional Banking Islamic Banking
Its functions and operationsare based fully on man-made FUNCTIONS & OPERATIONS Its functions and operations follow the Qur’an and the Sunnah as much as possible.
In its investment product, theinvestor is promised a fixed

rate. In reality, it is a riba based

loan activity.

INVESTMENT PRODUCTS In its investment product,an Islamic bank promotes the sharing of risk andprofit between investor and investment fund manager.There is no fixed profit

promised. Division of profit is based on real profit.

Aiming for profit withoutreligious or moral boundaries. AIM Aiming for profit that adheres to Islamic discipline that is limited to that which benefit society.
Ignores zakat. ZAKAT Pays zakat as it is a social responsibility fulfilled by Islamic banks.
The retail loan product applies the system of giving out loans with multiplied interest. RETAIL LOAN Its retail product utilizes thetrading or renting of an asset,and not the loan contract.
Charging a compounding penalty on a loan if there is late payment. PENALTY Charges compensation for any late payment, but it does not go toward the bank’s earnings.Instead, it is channeled directly to charity.
The main priority is to protect the bank’s interest; no priorityis given to ensure equity development. PRIORITY Emphasize projects that benefit society. The mainaim is to ensure equity development.
Loans given by conventional banks are simple, no asset required. Their concept is “money breeds money.” REQUIREMENT OF ASSET Money is not generated through loans. Thus, any loan should have an underlying asset.
Evaluation stresses on the ability of the borrower to pay off the loan. Not much attention is given to the progress of the customer’s project. EVALUATION Evaluation also stresses on the potential or viability, performance and prospect of the project that is being financed.
Earn revenue from fixed interest charged to the customer. REVENUE EARNED Profit according to the concept of sharing profit-loss; the bank gives more attention on investing in project development.
The bank-customer relationship: loan lender and borrower. RELATIONSHIP The bank-customer relationship: seller, buyer or partner.

Excerpt from Al-Naqiy; an Islamic Finance organisation.

http://alnaqiy.com/home/article/islamic-vs-conventional/

Syahwat Gelap dan Mengubatinya [Baca ini]

Artikel ini dipetik dari buku Fiqh Medik Mini oleh Dr. Zaharuddin. Di tiap di website ini oleh author website, Muaz.

Topik ini tentang kemaluan dengan kelakuan manusia, saya harap artikel ini dapat membimbing pembaca cara untuk berhenti dari onani atau nafsu syahwat kepada mereka yang melakukannya. Amin.


Soalan

Assalamualaikum warahmatullah,

Terlalu banyak pandangan, ajaran dan nasihat Ustaz berikan, hanya satu saya minta. Ketagihan nafsu seks ini begitu melampau. Ustaz dan saya juga hanya manusia.

Jadi, bagaimana ingin menghentikannya untuk selamanya dan bagaimana untuk dapatkan taubat sebenar-benarnya? Itu yang Ustaz perlu ajar pada kami yang lemah ini semua.

Jikalau Ustaz dapat beri jawapan, saya dan mereka yang lemah ini pasti peroleh petunjuk dan Ustaz pasti akan dapat keredhaan di atas ilmu Ustaz. Seterusnya tidak dipersoalkan di mashyar kelak. Akhirnya, Ustaz dan kami semua insya Allah dipermudahkan untuk ke syurga. Mohon ihsan Ustaz bagi memberi penjelasan. Jazakallah.

Sifat nafsu amarah memang sentiasa mengajak kepada dosa. Kegagalan pengawalan nafsu syahwat bagi majoriti manusia adalah lumrah, manakala sebahagian yang lain mampu mengekang nafsunya hasil daripada usaha tungkus lumus luar dan dalam. Namun, adakala mereka yang mampu mengawal juga mungkin tertewas.

Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawa kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu.

Surah Al-Baqarah, ayat 187.

Melalui ayat ini, sebahagian umat Islam gagal mengikut nafsu syahwat kelaminnya, hingga ‘bersama’ isterinya di siang hari Ramadan. Dengan segala kelemahan manusia, Allah swt membenarkan suami isteri untuk bersama di malam hari Ramadan. Namun itu pun masih ramai yang terlepas melakukannya di siang hari. Maka, Islam menetapkan cara dendanya bagi menebus kesalahan itu.

Kifarah adalah satu bentuk denda dan taubat. Manusia akan melakukan kesalahan, dan taubat adalah jalannya apabila sudah terlanjur.


Senarai “yang jangan” dan “yang perlu” untuk tindakan

Sebagai kesimpulan dan tambahan kepada penjelasan di atas, disertakan beberapa cara, usaha, kaedah dan jalan bagi mengawal nafsu syahwat secara ringkas dan padat:

  1. Fikirkan target kehidupan dan usaha melaksanakannya. Pinggirkan oemikiran berkenaan seks dan syahwat sedaya mungkin. Sibukkan diri mencapai target itu.
  2. Datangkan keyakinan bahawa Allah swt maha melihat apa yang sedang kita lakukan.
  3. Sedarkan diri, malaikat turut sentiasa bersama kita mencatat apa yang ditulis, diucap dan dilakukan.
  4. Rapatkan hubungan dengan ahli keluarga yang baik dan soleh.
  5. Putuskan hubungan songsang dan gelap, sama ada yang dibuat secara suka-suka ataupun serius, yang diperolehi melalui internet ataupoun fizikal, melalui lamat chat, email, web, dan sebagainya. Putuskan semua medium yang boleh mendorong kepada peningkatan syahwat. Jikalau bersorangan di hadapan komputer itu boleh menyebabkan pemikiran syahwat naik, maka elakkan diri bersorangan di hadapan komputer. Jikalau berbual mesara dan makan tengah hari bersana dengan rakan sekerja lain jantina itu puncanya, elakkan diri daripadanya dan makan sendirian bersama yang sama jantina sahaja. Begitulah seterusnya.
  6. Putuskan hubungan adik, kakak dan abang angkat berlainan jantina kerana ia tidak lain kecuali haram dan pendorang maksiat.
  7. Ubah rutin kehidupan yang mendorong kepada peningkatan syahwat. Semua orang tahu dan sedar apa jenis tindakan yang boleh mendorong syahwatnya. Ia mungkin tidak sama antara satu sama lain.
  8. Hadiri majlis Ilmu dan sibukkan diri membuat target baru seperti membuat blog, menulis buku dan majalah, menghasilkan karya seni lukisan, dan sebagainya. Buat satu target lain dalam hidup yang boleh menyibukkan diri kita bagi mencapainya. Tanpa target dalam kehidupan, keinginan syahwat akan membiak dan berkembang akibat waktu kosong.
  9. Sertai kumpulan bersifat keagamaan yang boleh membawa kepada ingatan kepada Allah swt. Tetapi awas, elakkan kumpulan songsang dan ajaran sesat.
  10. Sertai kumuplan NGO ataupun kumpulan berasaskan dakwah dan leagamaan. Dengannya dapat membuka ruang mendapat rakan dan sahabat yang baik. Selain itu, masa kosong dan pemikiran syahat akan dapat dibendung hasil kesibukan menganjur program dalam kumpulan terbabit. Sekarang, mulakan usaha mencari kumpulan-kumpulan sebegini, sebagai contoh JIM, ABIM, GAMIS, Persatuan Peguam Syarie, Persatuan Pengguna Islam, Yayasan AMAL, NISA, KARISMA dan sebagainya. Diharapkan dengannya, waktu akan lebih terisi dengan program yang baik.
  11. Jikalau kita sedang bekerja, ataupun belajar, target untuk cemerlang dalam pelajaran dan kerja kita. Dengan itu, kita akan lebih sibuk daripada biasa dan pemikiran akan lebih terarah kepada tujuan yang digariskan. Pemikiran kepada syahwat akan mula menurun ataupun ruangnnya disempitkan.
  12. Ziarahi kubur secara kerap supaya syahwat menjadi tawar akibat pemikiran kepada kematian.
  13. Fikirkan kita akan mati ketika sedang melakukan maksiat itu. Adakah redha bagi menerima kematian dalam situasi itu? Fikirkan selalu.
  14. Jikalau kita sedang bersyahwat kepada seorang wanita sama ada di kaca internet, TV, atau fizikal, segeralah berfikir tentang yang hodoh tentangnya supaya syahwat menjadi menurun, seperti fikiran mulut dan nafasnya berbau busuk, giginya kotor, muntahnya busuk, ada penyakit keputihan dan lendir, najis tidak dibasuh bersih, ada AIDS, dan banyak lagi. Lawan nafsu yang sedang meningkat dengan mereka cipta perkara yang bertentangan dengan kesoronokan nafsu. Ini diperlukan jikalau pemikiran terhadap alam ghaib dan akibat buruk gagal membendung perasaan.
  15. Jikalau komputer dan internet kerap menjadi asbab peningkatan syahwat, perdengarkan bacaan Al-Quran setiap kali di hadapan komputer. Insya Allah dengannya rasa malu akan timbul. Jikalau tidak banyak, dengarkanlah sedikit. Jikalau syahwat masih menggila di hadapan komputer itu, segera berhenti dan keluar dari bilik dan melihat awan, langit, pokok dan laut. Ingatkan tentang kebesaran Allah swt.
  16. Jangan sesekali membiarkan diri terus menerus dipukau nafsu dan syaitan. Satu jurus langkah kepada maksiat adalah kunci untuk syaitan menjerumuskan kepada maksiat yang lebih besar. Apa sahaja perbuatan yang mampu mendorong kepada kehampiran kepada maksiat yang lebih besar perlu disekat segera. Kerana itu Allah swt mengingatkan: “Dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang terang nyata bagi kamu.” – Surah Al-Baqarah, ayat 168.
  17. Menjaga pemakanan. Pastikan makan makanan yang halal dan bersih. Makanan haram mendorong kepada syahwat yang lebih liar.
  18. Memastikan harta yang diperoleh adalah sumber halal. Sumber haram (seperti Riba) menambah perisa syahwat kepada yang lebih kuat dan dahsyat. Ibarat mutasi virus yang lebih merbahaya kepada kesihatan.
  19. Amalkan puasa sunat, zikir secara berdisiplin setiap kali (baca zikir mathurat contohnya) selepas solat, dan doa sebanyak mungkin semasa sujud dalam solat supaya diberikan kekuatan bagi mengawal nafsu syahwat.
  20. Segera beristighfar dan bertaubat walaupun belum jatuh dalam maksiat yang berat. “Dan segeralah kamu kepada keampunan daripada Tuhan kamu, dan syurga yang luasnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang bertakwa.” – Surah Ali Imran, ayat 133.

Demikian beberapa cara, usaha dan kaedah yang mampu saya senaraikan demi membantu sesiapa sahaja bagi mengawal dan mengekang nafsu. Sekali nafsu sudah merasuk hati dan akal, sesorang individu akan lupa hakikat sebenar dan ditipu oleh kenikmatan sementara. Lupa kepada keburukan kekal yang menanti. Sama-sama kita ingat-mengingati.

Allah swt menyatakan:

“Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih. Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya susut dan terbenam kebersihannya.” – Surah Asy-Syams, ayat 9 hingga ayat 10.

Untuk penerangan tentang topik lain, sila mendapatkan bukunya: Fiqh Medik Mini by Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Mohon share dan menyebarkan artikel kepada orang ramai. Jazallahu Khairan.

Forms of Riba and its Hukm (Rulings)

Author of book: Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Retyped on site by: Muaz.

Definition of Riba in the most absolute form – which includes both the jami’ (comprehensive) and mani’ (restrictive) meanings.

Forms of Riba

The Shafi’ee mazhab divides riba into 3 forms.

  • Riba al-fadl
  • Riba an-nasiah
  • Riba al-yad

RIBA AD-DUYUN (DUE TO DEBT)

The interest rate caused by duration

Riba al-qard

That is the rate or any additional benefit conditioned on the principle.

This condition is made at the beginning of the loan contract, introduced by the lender upon the borrower.

Riba al-jahiliyyah

That is the rate or any additional benefit exceeding the principle due to the borrower’s failure in paying of the loan within agreed time.

The lender will impose a fine on the borrower because of his request to delay the debt repayment or due to his failure in paying off debts within a fixed period.

RIBA AL-BUYU’ (DUE TO TRADING OF USURIOUS ITEMS)

The inequality of weight or quantity of the two usurious items exchanged or in deferment

Riba an-nasak

 The trading or exchanging of two usurious items of the same kind in deferment. (i.e. transaction is not completed on the spot)

Eg:

  • 5 grams of gold sold at $2 000 in deferment
  • 10 kg of rice exchanged with 15 kg wheat in deferment

Riba exists when the above transaction takes place in deferment.

 

Riba al-fadl

The trading or exchanging of two usurious items of the same kind with different weight or quantity.

Eg:

  • Exchanging 5 grams of gold (grade 916) with 6 grams of gold (grade 750).
    • This is haram because both items should be of equal weight. The grade/quality does not affect the hukm
  • Exchanging or selling 10 grams of basmati rice with 15 grams of A1 graded rice.
    • This is haram because both items should weight 10 grams.

To avoid Riba al-Fadl and Riba an-Nasak:

  1. The weights must be equal (although may differ in quality and value)
  2. The transaction must be concluded on the spot (both seller and buyer cannot depart until they deliver their respective items)

The Ruling of Riba in Islam

ONE WHO GIVES OR EATS RIBA WILL WAGE WAR AGAINST ALLAH S.W.T. & HIS MESSENGER

O you who have believed, fear Allah and give up what remains [due to you] of interest, if you should be believers. And if you do not, then be informed of a war [against you] from Allah and His Messenger. But if you repent, you may have your principal – [thus] you do no wrong, nor are you wronged.

[Surah al-Baqarah 2:278-279]

DIMINISHING BLESSINGS OF WEALTH & LIFE
Punishment in this world

A sign of the wealth of those who deal with riba is not blessed:

  • it diminishes swiftly without them realising it
  • it drives them to indulge in activities that is worthwhile and sinful
  • no matter how much money they have, they constantly feel impoverished
  • it will drag the owner towards disobedience and transgression and thus his good character and trustworthiness will fade away

–          his wealth will be tested through robbery and treachery

Punishment in the Hereafter

Ibn Abbas stated:

“It will not be accepted from the consumer of riba (who uses his riba-based wealth) his charity, his hajj, his jihad and his extending of kinship.”

 

AS IF COMMITING ZINA
Commiting zina with one’s own parent

 

“Riba is of seventy-two types: the least of them is equivalent (in sin and filthiness) to a man having intercourse with his mother.”

 

(At-Tabrani, 7/158; al-Hakim)

Commiting zina 36 times

 

“A dirham that a person knowingly eats of riba is worse, before Allah, than thirty-six acts of zina.”

 

(Related by Ahmad & Ad-Dar Qutni)

IT IS ONE OF THE SEVEN DEADLY SINS
“Avoid the seven deadly sins: shirk, black magic, killing someone without just cause, eating an orphan’s property, consuming riba, running away from the battlefield and accusing chaste woman of fornication.”

 (Related by al-Bukhari and Muslim)

Taken from the book: “Money, You & Islam” by Dr. Zaharuddin Abd Rahman

untitled

Introduction to the Fiqh of Mu’amalat (Jurisprudence of Transactions)

This post is extracted from the book: Money, You & Islam by Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Retyped on site by: Muaz R.

The knowledge of Islamic finance can be further explained as follows:

Chapter 2 fig 1 edit

Based on the diagram above, it is evident that the knowledge of finance management and wealth falls under the branch of Syariah, which directs the actions and affairs of every life.

The diagram was not derived from the Qur’an or hadith, rather, the scholars of Islam formulated in order to facilitate the learning process as well as to avoid misunderstanding in every focal group of knowledge outlined above.

According to its origin, the word ‘Mu’amalat’ encompasses all the hukm (ruling) and ordainment of the Syariah in the worldly affairs of humans amongst themselves.

Ibn ‘Aabidin stated: “The components of Mu’amalat are divided into five; wealth exchange, marriage affairs, juristic affairs, inheritance affairs and amanah (trust).”

Nonetheless, a majority of the Fiqh scholars specify it to the ahkaam (rulings) pertaining to wealth only.

Part 1: Fundamental Principles of Fiqh Mu’amalat

Financial administration encompasses many forms and processes. Furthermore, it matures well with time and becomes more complicated progressively. Therefore, the scholars laid out the fundamental principles in Fiqh Mu’amalat, based on rudimentary and substantial evidences, in order to derive hukm.

“The fundamental ruling in the affairs of mu’amalat is the consideration of its intent and well-being (that can be acquired from it).”

In order to explain further on how a hukm in the affairs of mu’amalat is formulated based on the objective to be fulfilled, we look at the ruling of a ruler’s intervention in setting the market price of an item. It is narrated in a hadith:

“The prices had spiked during the time of the Prophet s.a.w. So, the people said, “O Messenger of Allah, fix prices for us.
 Thereupon the Messenger of Allah said, “Verily, Allah is the one Who fixes prices, Who withholds, Who gives lavishly and provides, and I hope that when I meet Allah, none of you will have any claim on me for an injustice regarding blood or property.”

(Related by: Abu Dawood, no 3451; At-Tirmidhi, 1/247: Ibn Hibban, Ibn Hajar and Albani: Sahih)

The scholars view the prohibition of ‘setting’ a particular price during the time of Prophet Muhammad s.a.w. from the perspective of fulfilling the objective of upholding justice. It is based on the above-mentioned principle that highlights:

“The fundamental ruling in the affairs of mu’amalat is based on reasons and objectives.”

After a thorough analysis, the scholars agree unanimously that the maqasid (objective) behind the Prophet s.a.w.’s rejection of his companion’s appeal was to prevent injustice and violation of the seller’s rights in gaining profit according to the market price. Furthermore, there was no oppression during that period.

Nevertheless, when a monopoly on certain items occurred during the time of the taabi’een (the generation following the companions), the scholars of that time, such as Sa’id ibn Musayyab, Yahya ibn Sa’id al-Ansari and others, unanimously agreed that it was permissible upon the Islamic ruler to set a ‘maximum price’. This was, in fact, to prevent injustice upon the buyers. In the previous daleel (evidence), Prophet Muhammad s.a.w. intended to prevent injustice upon the sellers, while in this very case, the scholars of taabi’een derived the hukm of the ‘prohibiton’ to be permissible due to the maqasid to be fulfilled, which was to prevent injustice upon the buyers.

Part 2: Contracts of Islamic Mu’amalat

Chapter 2 fig 2 edited

Each contract entails its own conditions and pillars. In certain cases, one transaction may include two or three contracts. Thus, it is recommended that all the conditions of the contracts are observed.

Part 3: Pillars and Conditions of trading in Islam

The definition of trading in Islam is:

“Exchanging the ownership of property with another property for owning and being owned upon eternity.”

The scholars unanimously agree that trading is lawful based on very clear evidences such as:

2:275

“…Allah has permitted trading.”

[Al-Baqarah 2:275]

“But take witnesses whenever you make a commercial contract.”

[Al-Baqarah 2:282]

In order to gain profit, a financial institution usually uses a trading contract with customers. For that purpose, both parties must observe the pillars and conditions of trading.

Below is the summary:

Chapter 2 fig 3 edited

End of Chapter 2: Introduction to the Fiqh of Mu’amalat (Jurisprudence of Transactions) of the Islamic Finance Series.

– Money, You & Islam by Dr. Zaharuddin abd Rahman
untitled

Riba Dalam Jual Beli – Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman

[Excerpt from rudyherman.com]

Riba Dalam Jual Beli
Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman
Rakaman program Bicara Muamalat, IKIM FM
21.3.2012

Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.

Allah berfirman bahawa di akhirat orang yang makan riba akan dibangkitkan dalam keadaan disantau kerana di dunia mereka mengatakan jual beli sama dengan riba.

Dari ayat ini, ulama berbincang apakah beza jual beli dengan riba.

Cabaran umat Islam kini ialah untuk mengenal pasti mana satu untung yang haram dan untung yang halal. Di antara bentuk yang serupa tapi tak sama:

  • Orang A beri pinjam kepada B $1000 tetapi minta dipulangkan $1200. A akan untung $200. Ini riba.
  • Jual beli pula, seseorang itu membeli sebuah laptop dengan harga $1000 dan menjual semula dengan harga $1200. Untungnya $200.

Imam Ibnu Abbas mengatakan riba itu ada penambahan yang halal dan ada penambahan yang haram.

Penambahan yang halal melibatkan penjualan aset. Seseorang itu menjual komputer dan dengan itu ramai orang lain dapat manfaat daripada urus niaga itu, seperti pembekal, pekerja komputer mendapat manfaat dan sebagainya.

Riba hanya menguntungkan satu pihak sahaja.

Walaupun jual beli berbeza dengan riba tetapi riba juga boleh terdapat di dalam jual beli.

Hadith: “Emas dengan emas (ditukar atau diniagakan), perak dengan perak, gandum dengan  gandum, barli dengan barli, tamar dengan tamar,  garam dengan garam mestilah sama timbangan dan  sukatan, dan sekiranya berlainan kategori ini, maka berjual belilah kamu sebagaimana yang kamu sukai  selagi ia dilakukan secara tunai.”

Jadi kalau bercanggah dengan apa yang disebut iaitu sama berat dan serta-merta, maka jadilah riba.

Contohnya, A tukar dengan B 10g emas dan B berikan 11g emas, maka sudah jadi riba fadl. Jika A berikan 10g emas dan B berikan 10g emas dalam bentuk yang lain tetapi B berikannya esok, maka hukumnya riba nasiah.

Hukum asal dalam muamalah mesti melihat kepada illa (sebab berkesan, effective cause), dan jika illa itu ada dalam sesuatu transaksi, maka hukumnya ada. Jika tidak ada illa maka tidak ada hukumnya.

Usul fiqh: Hukum akan bersama dengan illa, ada dan tiada.

Illa sifatnya mesti berlaku sama kepada semua orang (standard). Illa juga boleh diguna kepada benda-benda lain dan tidak semestinya emas dan perak.

Maka ulama hari ini berbincang bagaimana status wang kertas, kerana wang kertas tidak ada di zaman Nabi. Ulama memutuskan wang kertas telah mengambil tempat mata wang emas yang digunakan dulu. Wang kertas ada illa seperti wang emas yang ada pada zaman nabi.

Mengikut pandangan Imam Ahmad dan sebahagian ulama Maliki, Nabi menyebut emas dan perak kerana emas dan perak  mempunyai (mutlaq thamaniyah) pengiktirafan kepada nilainya iaitu siapa yang mengiktiraf nilainya sebagai medium pertukaran maka ia akan menjadi mata wang.

Wang kertas tetap kertas tetapi nilainya diiktiraf sebagai mempunyai nilai pertukaran. Contohnya, A tukar sebatang pen dengan wang kertas $10, penerima $10 itu bersetuju walaupun wang kertas itu hanya sekeping kertas. Maka illa itu telah berpindah dari emas perak kepada wang kertas. Oleh itu, dalam pertukaran wang kertas maka pastikan jangan melanggar dua syarat iaitu penambahan dan penangguhan, jika tidak ia menjadi riba.

Masalah kedua, wang kertas wujud dalam bentuk wang dari pelbagai negara. Maka setiap negara mewakili item yang berbeza. Emas tukar dengan perak mesti serah terima dalam satu masa tetapi berat berbeza tidak mengapa jika tidak sama. Begitulah hukum duit kertas jika hendak tukar wang ringgit dengan dolar, serah terima mesti satu masa tetapi nilai boleh berbeza.

Contoh: Tukar wang $100 di bank, bank kembalikan $95. $5 ialah caj pentadbiran. Hukumnya riba fadl kerana pertukaran $ dengan $ tidak sama nilai.

Contoh: Tukar wang $100 di bank untuk mendapatkan wang kecil. Tetapi dalam masa pertukaran kita beredar untuk ke tandas. Perbuatan beredar ke tandas itu sudah menjadi riba nasiah sebab tidak berlaku dalam satu masa.

Nabi tidak menggalakkan untuk kerap membuat pertukaran kerana wang kertas ialah medium of exchange bukan untuk jual beli wang itu. Jika tidak, fungsi mata wang sudah rosak seperti yang dikatakan oleh Imam Ghazali.

Tukar wang di pengurup wang hendaklah tukar dan terima dalam satu masa.

Dalam insurans konvensional, dengan membayar premium kita akan mendapat wang berganda jika berlaku sesuatu kejadian. Sepatutnya nilai wang mesti sama. Tetapi sebahagian ulama menganggap sebagai riba dan ada ulama yang tidak menganggap sebagai riba. Insurans ada elemen riba dan elemen judi.

Contoh: A beri $1000, B berikan pada masa lain, ini juga riba.

Contoh: Membeli emas wafer atau syiling tetapi bayarannya tangguh. Emas adalah emas, mata wang seperti perak. Maka emas tukar dengan perak syaratnya mesti dalam satu masa, jika tidak jadi riba.

Pembelian ini boleh bayar secara tunai atau menggunakan cek. Cek, bayaran online (TT) atau debit card juga dianggap sebagai tunai.

Pembelian emas perhiasan ada khilaf. Ikut empat mazhab pembelian perhiasan dikira sebagai emas kerana perhiasan wanita masih dikenakan zakat. Kalau ia bukan sifat emas maka ia tidak dikenakan zakat.

Ulama kontemporari berpendapat pada waktu ini ramai orang beli emas perhiasan secara bertangguh. Jika difatwakan dengan fatwa yang melarang maka keadaan akan menjadi lebih mengelirukan. Rasulullah jika diberikan pilihan dua perkara maka Rasulullah akan mengambil yang mudah selagi yang mudah tidak bercanggah dengan hukum.

Ulama Malaysia mencari hukum yang mudah kerana masyarakat di Malaysia belum cukup kefahaman dalam bab ini. Maka fatwa diambil dari fatwa Muawiyah Abu Sufyan dan Sh Yusuf Qardhawi yang mengharuskan kerana keperluan membeli emas perhiasan walau secara bertangguh.

Saya (Ust Zaharuddin) nasihat kepada diri saya dan tuan-tuan, kalau boleh elak, maka jangan terlibat. Nabi bersabda, tinggalkan apa yang kamu ragu kepada apa yang tidak kamu ragu.

25:20
Mengenai medical card.

26:45
Jual beli emas dan masukkan khidmat ar rahnu. Penjual jual emas kepada pembeli. Tetapi pembeli tidak cukup wang. Penjual pembeli pergi ke bank, pajak di bawah nama pembeli. Penjual mengambil wang pinjaman dari bank dan baki harga emas ditambah oleh pembeli. Maka penjual sudah dapat pembayaran penuh bagi emas tersebut. Pembeli bayar ansuran kepada ar rahnu.

27:55
Saya buat satu perkhidmatan pembayaran melalui kad kredit. Bagaimana hukum pelanggan menggunakan kad kredit konvensional?

42:00
Melabur emas cara bukan Islamik, hanya dapat buku yang mengatakan berapa kilogram yang dibeli. Beli permata, adakah kena zakat? Beli gold bar, satu ada ukiran dan satu tidak ada ukiran. Ukiran dikenakan upah. Apakah hukumnya upah itu?

Iman dan Persoalannya: Peringkat Iman (2/2)

Sila klik link ini untuk ke part 1/2.


PERINGKAT IMAN

Iman antara satu orang dengan seorang yang lain tidak sama. Ulama telah membahagi iman
menjadi 5 peringkat iman:

  1. Iman Taqlid
  2. Iman Ilmu
  3. Iman ‘Ayan
  4. Iman Hak
  5. Iman Hakikat

Iman Taqlid

Iman Taqlid adalah iman ikut-ikutan, yaitu orang yang beriman dengan semua rukun iman
tetapi hanya ikut-ikutan saja.Pegangan Islamnya tidak kuat, prinsip Islamnya tidak kukuh. Dia tidak memiliki alasan yang kuat mengapa ia beriman.

Kalau ditanya, “Apa bukti wujudnya Allah ?” Dia hanya mampu menjawab, “Saya mendengar orang berkata ada, maka saya pun mengatakan ada”.
Sandaran keyakinannya pada orang lain, dia tidak memiliki dalil ‘aqli maupun naqli (dalil akal
atau dalil Al Quran) untuk membuktikan keyakinannya pada rukun iman. Majoriti umat Islam hari ini, baik berpangkat atau tidak, miskin atau kaya, bodoh atau bijak, adalah orang-orang yang beriman taqlid. Mereka yang beragama Islam kerana secara kebetulan dilahirkan dari ibu dan bapak yang beragama Islam. Keyakinan mereka kepada Allah hanya kerana kebiasaan sejak lahir. Mereka lebih tahu tentang anatomi seekor kuman yang sangat kecil, daripada Allah Yang Maha Besar. Mereka lebih mahir tentang bentuk bumi yang sulit dan rumit daripasa suasana kiamat yang dahsyat. Mereka lebih yakin dengan teori sains daripada janji-janji Allah yang terkandung dalam Al Quran dan Hadis.

Sifat orang yang beriman taqlid terhadap agama Islam seperti daun kering yang ditiup angin
kesana-kemari. Mereka tidak dapat mengawal keyakinan nafsu yang liar, juga tidak sanggup
berhadapan dengan ujian. Menurut dalil yang paling jelas, iman taqlid ini tidak sah. Segala amal ibadah orang yang beriman taqlid tertolak dan tidak mendapat pahala di sisi Allah. Bila iman seseorang ini tidak diterima, seluruh amalannya tidak akan diterima. Kalau orang ini mati dalam keadaan taqlid tanpa berniat menuntut ilmu dan menambah iman, maka mati sebagai orang kafir dan kekal di dalam Neraka. Tetapi Allah memberi maaf kepada orang yang terlalu bodoh, walaupun telah belajar sungguh-sungguh tapi masih tidak dapat. Ada ulama yang mengatakan iman taqlid bagi orang seperti itu, dengan syarat keyakinannya masih jazam.

Iman Ilmu
Iman Ilmu adalah iman yang berdasarkan ilmu, yaitu seorang yang telah mempelajari tentang
Allah, malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi, hari kiamat dan lain-lain yang diwajibkan
mengimainya.

Ilmu minima yang mesti dimiliki oleh seseorang yang membolehkan berada di taraf iman ilmu adalah:
1. 20 Sifat yang wajib bagi Allah dengan dalil-dalil ‘aqli (akal) dan naqli (Al Quran) secara ijmali (ringkas, tanpa kutipan yang terperinci)
2. 20 Sifat yang mustahil bagi Allah dengan dalil-dalil ‘aqli dan naqli secara ijmali.
3. 1 Sifat yang harus bagi Allah dengan dalil-dalil ‘aqli dan naqli secara ijmali.
4. 4 Sifat yang wajib bagi Rasul, 4 Sifat yang mustahil bagi Rasul dan satu sifat yang harus
bagi Rasul dengan dalil-dalil ‘aqli dan naqli secara ijmali.
Kesemua sifat Allah dan Rasul yang berjumlah 50 itu diyakini dan difahami sungguh-sungguh.
50 Sifat inilah yang terkandung dalam kalimat syahadat. Inilah yang dikatakan ‘aqaidul iman
atau kesimpulan iman. Jika seseorang itu telah mempelajarinya, memahami dan
menyakininya maka orang ini dikatakan beriman ilmu.
Sifat-sifat orang yang beriman ilmu ialah :
1. Imannya serta keyakinannya berasas dan kuat bertunjang pada akalnya.
2. Iktiqadnya disertai dengan dalil yang kuat serta pegangan yang kokoh.
3. Mereka benar-benar berada dalam fikiran tauhid yang mantap dan unggul, tidak mudah goyang dan terpengaruh dengan faham dan ideologi selain Islam.
4. Walaupun begitu, mereka tidak kuat melawan hawa nafsu dan syaitan.
5. Mereka tidak takut pada Allah dan mudah berbuat durhaka pada Allah.
6. Mereka hanya mampu mengatakan Islam tapi tidak mampu berbuat atau
mengamalkannya.

Mereka tidak takut dengan ayat Allah yang berbunyi:
“Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu perkatakan apa yang tidak kamu lakukan.
Teramat besar kebencian di sisi Allah, apa yang kamu katakan tetapi tidak kamu lakukan”
[As Shaf : 2-3]

Jadi iman ilmu belum lagi dapat menyelamatkan seseorang itu dari Neraka Allah, kerana
imannya beru berasas di akal dan belum menjunam ke hati.

Iman Ayan

Iman Ayan, tarafnya lebih tinggi dari iman ilmu. Hasil dari latihan yang bersungguh-sungguh, orang yang beriman ilmu akan meningkat kepada iman ayan.

Antara sifat orang-orang yang beriman ayan adalah:
1. Imannya bertempat di hati (jiwa), bukan lagi di fikiran sebagaimana orang beriman ilmu.
2. Hatinya sentiasa  mengingati Allah. Dia sentiasa  mempunyai hubungan hati dengan Allah
Firman Allah:

Mereka yang sentiasa  mengingati Allah dalam waktu berdiri, waktu duduk, dan waktu
berbaring, dan mereka sentiasa  memikirkann tenatng kejadian langit dan bumi, seraya
mereka berkata, “Wahai Tuhan kami, tidak Engkau jadikan semua ini dengan sia-sia. Maha
Suci Engkau, jauhilah kami dari azab Neraka”.
[Ali Imran : 191]

3. Ibadahnya khusyuk dan meresap ke hati.
4. Sentiasa merasakan kebesaran Allah di mana saja berada dan menyerah diri kepada Allah
tanpa syak dan ragu, firman Allah:

“Sesungguhnya orang yang sebenarnya beriman ialah orang-orang yang beriman kepada Allah
dan RasulNya kemudian mereka tidak ragu-ragu berjihad dengan harta dan diri mereka pada
jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar”
[Al Hujurat : 15]

5. Hati sensitif dengan Allah. Bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka. Firman Allah :

“Bahawasanya orang Mukmin yang sebenar apabila disebut nama Allah, dan dibaca ayat-ayat
Quran, bertambah iman mereka dan hanya kepada Tuhan mereka (Allah) saja mereka
menyerah diri.”
[Al Anfal : 2]

6. Semua perintah Allah, kecil atau besar dipatuhi dan semua larangan Allah baik sesuai atau
tidak sesuai nafsunya, ditinggalkan dengan penuh kerelaan. Firman Allah:
Terjemahan: Sesungguhnya jawapan orang-orang mukmin  bila dipanggil kepada Allah  dan
Rasul-Nya agar menghukum dengan adil di antara mereka ia lah “Kami  dengar dan  patuh.
Mzreka  itulah orang-orang yang beruntung” [An Nur : 51]
7. Terlalu sensitif dengan dosa. Sabda Rasulullah:
“Orang Mukmini itu, apabila terbuat sedikit dosa, terasa seperti gunung yang besar, yang
hendak menimpa mereka.”
8. Sangat berakhlak dengan Allah dan dengan manusia. Hati sentiasa  merasa khusyuk, takut,
terasa diawasi oleh Allah, tidak cinta dunia dll.
9. Sabar berhadapan dengan ujian-ujian hidup. Sudah mampu mengamalkan Islam dalam diri,
keluarga dan masyarakat.
10. Sentiasa  mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah.
11. Tidak lama di hisab di akhirat dan mudah masuk ke syurga.
Di dalam Al Quran, Allah memuji golongan yang beriman ayan dan menamakan mereka
dengan berbagai nama yang baik, diantaranya:
Solehin (orang-orang yang baik), Abrar (orang-orang yang berbakti), Muflihun/Al faizun
(orang-orang yang mendapat kemenangan), Ashabul Yamin (orang yang akan menerima
suratan amalan dari sebelah kanan di Padang Mahsyar nanti.

Iman Haq
Iman haq adalah iman yang sebenarnya, yang dicapai sesudah iman ayan. Seseorang yang
mencapai iman haq, mata hatinya melihat Allah, ertinya setiap kali ia melihat kejadian, hati
dan fikirannya tertumpu kepada Allah.
Sifatnya ialah:
1. Ingatannya kepada Allah bukan dibuat-buat, terasa hebat dan takut kepada Allah setiap
masa. Hatinya tidak lekang dari mengingati Allah, karam atau khusyuk dengan-Nya.
2. Hati tidak terpaut dengan dunia dan tidak dapat dilalaikan oleh nafsu dan syaitan. Cintanya
penuh pada Allah dan pada kehidupan akhirat.
3. Mereka diberi gelar sebagai Muqarrobin oleh Allah, yakni orang-orang yang terlalu dekat
dirinya dengan Allah.
4. Kebaikan orang soleh itu dianggap satu kejahatan oleh orang-orang Muqarrobin.
5. Mereka lah yang dikenal sebagai wali Allah, kerana memiliki sifat-sifat istimewa,
sebagaiman firman Allah:

10:62
“Sesungguhnya wali-wali Allah itu tidak pernah merasa takut dan duka cita”
[Yunus : 62]

6. Hati dihiasi dengan sifat-sifat mahmudah seperti zuhud, ikhlas, tawadhuk, dan lain-lain.
7. Mereka sentiasa  menunaikan perintah Allah, tidak merasa gembira bila dpuji dan tidak
merasa hina bila dikeji.
8. Kebahagiaan hati mereka lebih utama daripada wang. Mereka mendapat Al Jannatul ‘Ajilah
atau syurga yang disegerakan.
9. Mereka cinta akhirat sebagaimana orang lain mencintai dunia. Mereka inilah yang layak
Allah serahkan dunia ini untuk diurus. Firman Allah:
10. “Sesungguhnya Allah akan wariskan bumi ini kepada orang yang soleh”.
[Al Anbiya : 105]

Iman Hakikat
Iman hakikat ialah peringkat iman yang tertinggi dan paling sempurna. Inilah taraf iman yang
dimiliki oleh para Rasul, Nabi, Khulafaur Rasyidin dan wali-wali besar, yaitu para kekasih
Allah. Mereka akan ditempatkan oleh Allah di dalam syurga yang paling tinggi. Mereka
dimasukkan ke dalam syurga tanpa melalui hisab. Hidup mereka 24 jam asyik dengan Allah.
Hati mereka kekal mengingati Allah dalam tidur maupun berjaga. Setiap perbuatan mereka
semua menjadi ibadah kepada Allah. Ibadah mereka hebat, solat sunat paling kurang 300
rakaat sehari semalam.

Akhlak mereka terbaik dan termulia. Allah akan turunkan barakah di
mana mereka berada. Merekalah golongan super-scale akhirat. Hidup di dalam Syurga Yang
Maha Indah dan Maha Lezat. Allah karuniakan nikmat tersebut untuk membalas cinta dan
pengorbanan mereka yang sungguh besar.
Setelah kita mengenal peringkat mana iman kita, hendaklah kita meningkatkannya hingga
mencapai tingkat iman yang tinggi yang selamat sejahtera menuju Allah.

– Al-Marhum Ustaz Ashaari M.