Tag: ya hanana

Dakwaan Nabi Datang Majlis Ya Hanana

Ya Hanana bukan selawat.

Hadis Riwayat Al-Imam Bukhari

Sahih al-Bukhari 6357 / Book 15, Hadith 1405 (Al-Bukhari & Muslim)

Sahabat bertanya kepada Nabi:

“Kaifa nu salli alaik?” “Macam mana kami nak selawat kepadamu?”

Nabi ajar: Selawat Ibrahimiyah: allahumma salli ‘alaa sayyidinaa Muhammad wa’alaa aali sayyidinaa Muhammadin kamaa shallaita ‘alaa sayyidinaa Ibraahiim wa’alaa aali sayyidinaa ibrahim wabaarik ‘alaa aali sayyidinaa muhammadin kamaa baarakta ‘alaa sayyidinaa ’alaa sayyidinaa ibraahima wa ‘alaa aali sayyidina ibraahima, fil ‘aalamiina innaka hamiidun majiid

Al Imam Ibn Qayyim melafazkan macam-macam selawat.

Ya Hanana itu bukan selawat ia hanya di klasify sebagai Nasyid. Ada yang mendakwa Nabi hadir ke Majlis Ya Hanana.

Apabila seseorang mendakwa dia berjumpa Nabi secara jaga bererti dia mendakwa dirinya sebagai sahabat.

Kerana takrif sahabat itu “Man lakiya Nabi sallaullahu alaihi wasallam wa amanabihi wa mata alal iman” “Sesiapa yang berjumpa dengan Nabi dan beriman dengannya dan mati.” Itu definasi sahabat.

Sekarang ada ustaz-ustaz ataupun tok sheikh mendakwa Nabi datang bersembang bersamanya, Nabi berjalan bersamanya ke Kuliahnya, Nabi hadir dalam Majlis Qasidahnya, Nabi duduk di meja kuliah bersamanya dan lain-lain. Ini semua sakan.

Akhirnya nama Nabi menjadi murah.

Jikalau orang kritik tentang dakwaan ini, dia sering dituduh sebagai Wahabbi pulak.

– Dr. Asri Zainul Abidin (MAZA)

Advertisements